Thursday 19 May 2016

ADHD & BASIKAL – berita gembira bagi anak-anak ADHD!

Ibubapa, berita baik untuk anda - dengan berbasikal, symptom ADHD dapat dikurangkan dan dikawal.

Pernah dgr ADHD? (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

Bahasa mudahnya anak-anak yang mempunyai ciri-ciri berikut (tidak seiring dengan perkembangan umurnya):
- Hiperaktif
- Sukar memberi tumpuan/ memberi tumpuan singkat
- Tidak boleh duduk diam (dalam semua situasi – tadika, klinik, kedai, tempat awam)
- Bertindak spontan mengikut kehendak hati


Ibubapa, berita baik untuk anda - dengan berbasikal, symptom ADHD dapat dikurangkan dan dikawal.

Menurut CEO dan pengasas Specialized Bicycle Components, Mike Sinyard, yang beliau sendiri mengalami ADHD sejak kecil – menyedari symptom ADHD pada dirinya seakan hilang sekembalinya beliau dari berbasikal. Beliau juga menyedari perkara yang sama pada anaknya, Anthony yang juga penghidap ADHD.
(Nota: 75% kes ADHD diturunkan melalui faktor genetik)

Mike mengasaskan “Youth Cycling Program” bertujuan untuk menyelidik dan mencari bukti saintifik impak berbasikal kepada minda (brain) penghidap ADHD, yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik.


“The Specialized Foundation” menjalankan kajian bagaimana senaman erobik, khususnya berbasikal dijadikan sebahagian dari program rawatan komprehensif bagi anak-anak ADHD. Dari program perintis ini, penyelidik mendapati hasil yang mengujakan!

i- Kajian rintis selama 6 minggu di United States menunjukkan – minda (brain) anak-anak ADHD lebih bersedia untuk pembelajaran bilamana mereka berbasikal – iaitu peningkatan ciri-ciri utama ADHD iaitu tumpuan, emosi dan tingkahlaku.
ii- Juga peningkatan dalam prestasi akademik – rentetan dari adanya peningkatan pada ciri teras ADHD tadi.
iii- Penurunan kadar BMI (Body Mass Index).

Berbasikal adalah mudah, seronok dan sesuai bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza – berbanding aktiviti erobik lain. Berbasikal memberi kecergasan fizikal dan membawa penurunan signifikan pada kadar BMI (Body Mass Index) anak-anak

Bukti-bukti menjelaskan berbasikal dan gaya hidup aktif membawa impak positif pada emosi, keyakinan diri, tumpuan dan prestasi akademik juga kecergasan badan anak-anak ADHD.



Dianggarkan 6 juta kanak-kanak di United States didiagnosis menghidapi ADHD – dan ibubapa pening memikirkan ubatan untuk dipreskripsi, rawatan alternative untuk membantu anak mereka.

Mungkin mereka dan kita tidak tahu bahawa sesuatu yang tersimpan berhabuk di stor MAMPU membantu kita!



Artikel asal oleh Rich Cook, May 12, 2016 – ADHD & Bikes – Can bicycling make you smarter?

0 comments:

Post a Comment